Tentang Kami

Beliau merupakan seorang usahawan yang gigih dan tidak pernah kenal erti putus asa. Pernah gagal beberapa kali dalam bidang keusahawanan, namun tekad bangkit untuk terus berjaya.

Matlamat terus dikejar dan digapai untuk berjaya bersama-sama ramai orang lain. Alhamdulilah, beliau kini mempopularkan penjenamaan IV HEALTH & BEAUTY bermula dengan produk pertama iaitu IV MIST dengan ditambah beberapa produk sampingan yang sangat berkualiti.

Beliau percaya, untuk kembali bangkit daripada kejatuhan perlu kepada ukhwah dengan bersandarkan kepada kekuatan dalaman sendiri dan juga bantuan daripada pihak lain. Beliau optimis bahawa Allah SWT akan membantu orang-orang yang percaya dan yakin dalam usaha.

Sebagai seorang yang mudah didekati, beliau amat suka berbincang dan bertukar-tukar idea atau pendapat terutamanya dalam isu-isu keusahawanan. Sejak dulu sehingga kini, matlamat beliau masih sama iaitu ingin membantu lebih ramai usahawan dan bakal usahawan meningkatkan pendapatan di dalam gelombang ekonomi yang tidak menentu .

Beliau menyeru mereka di luar sana yang ingin keluar daripada beban kewangan agar menyertai beliau sebagai ejen / stokis kerana banyak lagi produk berkualiti pada harga mampu milik akan dikeluarkan oleh pihak IV HEALTH & BEAUTY secara berperingkat.

Kualiti IV MIST yang sentiasa ditambah baik daripada masa ke semasa dengan kawalan harga yang ketat sangat membantu para ejen dan stokis menjual dengan lebih baik kerana IV MIST semakin dikenali dan tular di kalangan masyarakat.

Ini dapat dilihat daripada sambutan yang sangat menggalakkan, himpunan ratusan testimoni yang diyakini dan belian ulangan yang tinggi.

“ KITA DAPAT APA YANG KITA BERI “ AYUH BERJAYA BERSAMA IV HEALTH & BEAUTY. DAFTAR SEBAGAI EJEN / STOKIS SEKARANG!

Seorang yang tenang dan berani mencuba. Sikap berputus asa tiada dalam kamus hidup beliau. Dilahirkan di Kuala Pilah pada tahun 1981 dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.

Mendapat pendidikan di sekolah agama rakyat dan sekolah agama Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu. Beliau juga lepasan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pernah berkali-kali jatuh dan bangun dalam perniagaan sejak 10 tahun beliau menceburi bidang keusahawanan ini.

Matlamatnya jelas; “Jalan kejayaan pasti ada buat mereka yang terus berusaha dengan konsisten”

Kini beliau menjadi pengasas bersama untuk produk IV MIST keluaran IV Health & Beauty sejak 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah dalam tempoh tersebut beliau sudah berjaya memasarkan produk IVMIST ni hampir keseluruh pelusuk di Malaysia, Singapura, Brunei dan ramai pengguna berpuas hati dan menjadi pengguna setia IVMIST.

Dalam tempoh yang sama juga beliau berjaya membangunkan ribuan stokis dan ejen yang mampu membuat jualan produk IVMIST sekaligus meningkatkan nilai hidup dan kewangan para stokis dan ejen.

Akhir kata, Misi beliau kini semakin jelas, ingin melahirkan lagi ramai usahawan baru dan berjaya dibawah naungan syarikat beliau sekaligus beliau mengajak dan merayu insan diluar sana membuka minda dan ruang berfikir untuk menyertai beliau dalam perniagaan produk-produk bawah kelolaan syarikat beliau.

Terutama kepada pengguna yang sudah merasai kualiti produk IVMIST ni sangat berkelayakan untuk menjadi stokis dan ejen beliau. Kerana anda sudah mengetahui keberkesannya.

“Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat” Teruskan Berusaha..!!